cerita sebenar
HEY HEY HEY HEY AKU TAK PERCAYA CINTA
Menyampah betul dengan lagu ni. sebenarnya, just nak cakap menyampah dengan ayat atas ni sahaja. Cerita yang sebenar, saya cuma nak mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua insan yang bergelar muslim, semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lepas, mari semua kuatkan iman untuk mengumpul pahala. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT. Amin.
cerita palsu
Awak takkan reply text orang yang awak tak suka.
Cuba orang tu awak suka, mesti awak melompat-lompat baca text dia and sepantas sonic nak reply, kan? (tau ke sonic? haish, tulah, zaman kecik-kecik dulu orang sebok maen game sonic, korang sebok nak maen game mario. game cam nuts fried je mario tu)
Tetapi bagaimana pula kalau ada jenis orang yang memang tak suka text, walaupun dia suka atau tak suka orang tu, memang dia tak gemarlah nak text, terus je call. Problem jugeks kan.
Bagi saya, text tu penting. Kadang-kadang kalau on the phone ada benda kita tak dapat cakap, kalau dalam text boleh, so text ni memang penting. Bagi saya lah, bagi korang saya tak tau. Hak asasi masing-masing (tetiba hak asasi ni dah kenapa?) Yang penting, saya suka texting, maybe saya jenis yang suka loyar buruk. Tapi tak semua saya reply, dan tak semua saya text. Entah lah, memilih juga dalam text orang ni. Ah, senang ceta, boleh dikatakan, saya tak text sangatlah. Hahaha (terkeliru sekejap dengan diri sendiri)
Tapi nak kata call tu tak penting, susah jugeks, sebab kalau tak dengar suara pandai rindu pulak. So call penting, text juga penting. Yang menjadikan kedua-dua ni tak penting, bila korang tak suka orang yang text or call korang, so benda tu memang tak penting lah. Bila nak buatkannya jadi penting pon memang tak dapat, sebab memang dah korang tak suka, so memang takkan penting.
So daripada ulasan-ulasan di atas, apa yang boleh dikonklusikan, anda telah mengetext orang paling anda sukai, tetapi dia tidak mereplynya, maka dengan itu jangan text lagi. Dia sudah ternyata tidak menyukai anda. Ekekeke.
Cerita daripada panjang lebar loyar buruk atas, yang ubi berisinya ialah sila pentingkan text, tetapi jangan text sampai tak call. Pentingkan call juga untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Eceh, pandai saya berbahasa pada kali ni. Huehue. Sekian, assalamualaikum.
I agree with your statements. Thank you.
ReplyDeletetext teramat lah penting syux oh. :D
ReplyDelete