Thursday, November 22

Ringkas.

Assalamualaikum pembaca saya. Kalau hari ini saya tidak meng-update blog, memang blog ini terkubur cukup sebulan. Sebab post saya yang terakhir pada 23 Oktober. Hari ini pula sudah 22 November. MasyaAllah. Cepat sungguh masa berlalu.

Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari.
Kalau duitnya hilang, tentulah orang kaya akan meracau mencari. 
Kalau anaknya hilang, tentulah si ibu akan meroyan mencari.
Kalau imannya yang hilang?

Apa yang kita cari ? 
Saya rasa semua tahu. Tepuk dada, tanya iman. Jangan tanya selera, selera apa tahu? Nafsu sahaja dia tahu. Sudah tentulah Allah SWT yang kita cari. Itulah yang berlaku kepada saya yang hina ini yang banyak cacat cela ini. 

Iya. Saya. Iman saya ada naik dan turunnya. Iman kita ada naik dan turunnya. Cuma kita sendiri sahaja yang dapat mengawalnya. Mahu turun, atau naik? Sama-samalah kita muhasabah diri, dan perbaiki lagi diri masing-masing. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama, tidak sesaat pun ALLAH melupakan kita.




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]


 

Tuesday, October 23

October 23 - Selasa.

Assalamualaikum kepada pembaca yang di"love"i (selalunya kan dikasihi, hihi). Jangan bertanyakan khabar saya, saya macam biasa sihat walafiat  di samping keluarga yang tercinta. Alhamdulillah, ahli keluarga saya juga sihat seperti biasa. Cuma dalam bulan ini, ada dua berita menyedihkan, anak sepupu saya sebelah ayah merangkap anak buah kembali ke rahmatullah, dan juga pak cik kepada ibu saya juga menghadap ilahi. Saya memohon kepada sesiapa yang membaca blog saya ini, menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.

Saya minta maaf sebab hampir seminggu lebih tidak meng-update blog. (Excuse me Haziqah, does anyone really read your blog? Hee!) Saya bukan apa, saya cuma tidak mempunyai idea yang boleh dijadikan bahan dalam mem-blog. Saya tidak mahu setakat memberi tin kosong kepada peminum di luar sana. Dalam mem-blog, biarlah ilmu dipadatkan sekali. Ingat, benda yang menjadi santapan mata orang akan menjadi saksi di akhirat kelak.

Cerita Sebenar. 

Kematian

Kebelakangan ini, kematian selalu saya fikirkan. Saya faham, orang akan berkata "Kenapalah nak fikirkan kematian sedangkan umur masih muda, banyak benda lagi nak difikirkan" atau "Baik kau fikirkan cita-cita kau, bila kau fikir pasal cita-cita, kau akan fikir macam mana nak memberanakkan duit" dan "Ish! kenapalah isu kematian nak dibangkitkan. Banyak isu lain lah. Aku tak ready lagi, aku still muda. Nanti aku taubatlah bila dah jadi mak/bapak orang." dan juga lain-lain lagi. 

Kalau bercerita mengenai kematian, ramai orang akan takut bukan ? Dulu saya selalu takut bila dengar pasal kematian. Iya lah, orang buat dosa mana yang tidak takut ? Orang yang dekat dengan maksiat mana yang tidak takut ? Orang yang dedahkan aurat mana yang tidak takut ? Lagi-lagi saya ini memang jenis suka baca perihal agama sejak bangku sekolah, time nakal-nakal lagi (tetapi still juga nakal ketika itu). Kebelakangan ini saya banyak membaca bagaimana Sakaratul Maut menjemput kita, nauzubillah sakitnya kalau di imaginasikan sudah cukup sakit saya rasa, dan itu cuma melalui imaginasi daripada membaca. Kalau yang sebenar? 

Tanda kematian yang akan dilalui oleh semua anak cucu-cicit Adam.

Tanda 100 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar, sama ada disedari atau tidak oleh mereka yang mendapatnya. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran yang seakan-akan menggiggil. Tanda-tanda awal ini jika disedari amat menguntungkan kerana kita mempunyai masa untuk meyiapkan diri mengadap Illahi membayar segala hutang piutang kita terhadap Allah s.w.t. dan sesama manusia.


Tanda 40 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Ketika ini daun yang tertulis nama kita gugur dari pohon yang terletak di Arash. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya untuk memisahkan roh dari jasad kita. Ia akan mengikuti kita sepanjang masa dan akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu kepada kita, dan jika ini terjadi, kita akan menjadi bingung seketika. Malaikat maut ini cuma satu namun kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 

Tanda 7 hari sebelum mati:

Tanda ini diberikan kepada mereka yang diberi musibah kesakitan, di mana orang yang sakit tenat atau tidak makan akan tiba-tiba berasa sihat dan berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum mati:
Bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi sebelah kiri dan kanan akan berdenyut-denyut. Apabila tanda-tanda ini datang, hendaklah kita berpuasa supaya usus kita tidak mengandungi banyak najis untuk memudahkan urusan memandikan jenazah kita nanti. Ketika ini mata hitam kita juga tidak akan bersinar lagi dan kedudukan hidung kita agak jatuh sedikit jika dilihat dari bahagian sisi. Telinga kita juga akan layu iaitu di bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam. Tapak kaki kita jika dilunjurkan akan jatuh dan sukar ditegakkan seperti kebiasaannya.
 
Tanda 1 hari sebelum mati
Ia juga berlaku selepas waktu Asar. Ubun-ubun di atas kepala kita akan berdenyut-denyut menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda akhir sebelum mati:
Bahagian pusat kita akan kesejukan dan ia akan turun ke bahagian pinggang dan seterusnya kesejukan ini akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, janganlah sesekali kita lalai dari mengingati Allah. Ucapkanlah kalimah Syahadah dan berdiam dirilah menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput roh kita kembali kepada Maha Pencipta yang menghidupkan kita selama ini, dan kini mematikan kita pula.
 
Bagi yang sudah mengetahui, sama-samalah kita berkongsi kematian ini bersama orang lain. Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, saya tidak lah sewarak atau sebaik-baik orang di luar sana, saya banyak cacat celanya, kekurangannya tidak terkira, tetapi saya tidak mahu sisa hidup saya dihabiskan tanpa sedikit pun membekalkan isi-isi penting untuk mahluk-mahluk yang hidup sementara di dunia ini. Saya berharap semoga orang yang membaca mengenai kematian ini, akan memulakan usaha mereka dalam membuat search mengenai "Sakaratul Maut" sendiri. Facebook, Twitter, Myspace, Youtube search senangkan? Sakaratul Maut ? Jom! Buat search! 

 Malaikat Izrail dah call, nak angkat ke tidak ? 
Memang terangkat juga, sebab itu automatic answer =)


 

Friday, October 12

Play with ONE today

Assalamualaikum
Me feeling a bit cheerful today, don't know what's up with my mood lol. As you and me, and everyone knows, no one read my blog, so yea it doesn't bother me at all (like really, azie? like really if no one read it?) lol nah really, it doesn't bother me (cry me a river, cry me, cry me! one more time)

I'm just gonna update littlest things happened lately, (the thing is, I don't have anything in mind. But this one suddenly came up! --> Kajang). Last Saturday I went to my friend's house. She's my classmate actually, named Reen. I went there with one thing set in mind, to ask for her help to work on my LI report.

I went there by train of coz. On that day, I wore skinny jeans with black long sleeve shirts with my super playboy purple kicks on, and carried my leopard bag pack full with stuffs (clothes, lappy etc) and yeah Reen asked me to sleep over at her house, I couldn't say no. Right when I got there, she and her brother who drove the car picked me up at BTS. A minute I got to sit in her room, her dad wanted us to go to Kenduri not far from their house, we changed to baju kurung (she asked me to wear her sis's baju kurung, and luckily her sister is a very small in size just like mine! lol not like her, way too TALL). We ate lotsa food (as can you see, we don't do the report yet). Forgot to mention, we went to the Kenduri by motorcycle, and that day Reen almost get us killed ya know! Luckily no one hurt. Phew ~ 

Soon we got back to her house, we planned to watch Korean drama. We enjoyed it much lol. How good is that? (not yet start doing report). We started doing report at night. Next morning right after we performed Salah, her mom called many times asked us to go mosque for Kuliah Subuh. With her brothers and us went there, it's like she and I are family, I quite enjoyed the moment, I really am. After I took lunch, I went back home with a big smile on my face. Thanks to Reen! She helped a lot! You're the best! 

Eyy. Did I mention that I just wanna update littlest things? One, two three. That's just it. Assalamualaikum. :)



P/S : Berapa banyak "one" tadi? AHH. Lambat sangat kamu kira! Jadilah number one dalam apa situasi sekalipun! :D

Perkongsian Bersama.

Pantun Orang Malas Solat 

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang.


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang.


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang.


p/s : Saya pinjam pantun yang pangkatnya sangat dihormati macam datuk saya - Tok Wan. Mari renungkan bersama, tetapi jangan renung lama sangat sampai azan buat-buat tidak dengar. Hiks! Assalamualaikum.
 

Monday, October 8

Memories in my mind.

Assalamualaikum my online dairy. I actually should just off this lappy but I don't know, I just wanna drop something here before I go to sleep. Lately, I've been thinking a lot what I did in my crazy and wild past, things what I did wrong, I hurt people a lot. I'm so sorry for those who I hurt before. This is actually to all my ex's. Sometimes things that we planned just don't come the way we wanted it to be, we promised to love each others and etc, but things just don't work out that way. I did wrong, you did wrong. I failed you, you failed me. One of you turn into pieces because of me and same goes to me.We broke up, you guys fall in love with other girls, I fall in love with other guy. To think about this love issue thingy, I don't think I can be a good girlfriend, not in the future, not anymore. Just like I said in my last last last last post, I don't wanna date with anyone anymore, I just wanna let myself waiting for true and pure love from Allah SWT. I'm gonna wait for it with patiently. So yea, if by any chance you read this, I just wanna say I'm very truly sorry for those who I dated with before, mistakes and all I did to you guys, I'm truly sorry. I hope you guys forgive me. May Allah bless you guys with loves and always :) 



I'm just gonna hit the beds now, till then. Good night universe xx

Friday, September 28

28 Sep!

Assalamualaikum ladyeh and gentlesangatmen yew! Sebelum saya bercerita, mari berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali. MasyaAllah, anda telah membantu diri sendiri dengan berselawat. Orang yang berselawat satu kali mendapat balasan sepuluh selawat dari Allah SWT. Begitu mudah kan mendapat pahala? :)

p/s : Selawat yang paling mudah di amalkan : Allahumma sholli a'laa Sayyidina Muhammad wa a'laa ali Sayyidina Muhammad


Cerita saya.
Back to "sebelum saya bercerita", now I'm goin to bercerita. Semalam punya semalam punya semalam pagi (Selasa) saya pergi melawat tapak projek di Kuantan, Pahang. Bergerak ke Kuantan dalam pukul 8.30 pagi dan balik ke KL dalam pukul 9 malam. Saya tersangat exhausted that day. Oh yea, sempat jugak saya beli keropok lekor untuk ibu saya yang tersayang. Hehehe!


(projek ini dalam 70% siap, tinggal dalam lagi, nak kena pecah-pecah lagi)

"So bagaimanakah perasaan anda, Haziqah Resad?", pertanyaan yang disusulkan oleh Azie Resad kepada Haziqah Resad. 
Haziqah menjawab dengan London way-nya, "Ya know, all engineers were around me, the contractor and buildings were all around me, that was the most coolest thing ever!". 

So now you guys wanna judge me, huh? Cakap saya sakai/jakun? Sebab pasal melawat tapak pun bising satu dunia? (emosi sendiri sekejap haha) No lah. This is actually how I motivate myself, with being around engineers, you wouldn't know how it feels like, you really really really really like really really wanna be one of them. I wanna be one of them. I want my name to have IR in front of it. IR Haziqah would sounds nice. Don't cha think? (ME THINK). Neways, stage untuk menjadi IR banyak oh, saya kena work hard for it!


Perkongsian bersama.
Hari ini saya ingin berkongsi perbualaan di antara Kekasih Allah yang sentiasa dicintai iaitu Nabi Muhammad SAW dengan Raja Iblis laknatullah, diharap anda membacanya sehingga habis. Saya ingat lagi first time saya baca ni time saya masih study dekat Politeknik Kuching. Kalau rasa ingin nak share kepada orang lain, sangatlah di alu-alukan :) Tetapi saya cuma meletakkan link, sila click okay, sayang semua.

http://www.maklumat.my/dialog-nabi-muhammad-dengan-iblis 

Sekian, I don't have anything left to say. Assalamualaikum. =)





Wednesday, September 19

M - M

Assalamualaikum ladies and abang-abang macho (sambil kelip-kelip mata and duck face, I got 5 days mc, omaigad!) Saya memang sepatutnya busy hari ini, memandangkan saya mem-postponed kerja-kerja saya sebab saya rasa malas pagi-pagi ini. So yea, I rule this office! (mimpi much?) 

Cerita sebenar
Kebelakangan ini saya banyak membaca mengenai isu murtad. Mungkin kamu semua akan cakap, this issue is so lame. But for once, ambil lah iktibar dari isu murtad ini. Saya baca dari blog-blog mengenai murtad semakin menjadi-jadi di Malaysia. Kita tidak nampak sebab hal seperti ini selalunya terlindung, sudah dinamakan isu agama, Malaysia manalah nak membesarkan hal seperti ini di kaca TV, naya katanya. Mak cik oi, politik gempak pulak?

Saya akan sertakan link supaya bijik mata kamu yang sepet terbeliak sikit mengenai isu serius ini.

 (Fakta : Claudio Pinto boleh membuat kedua-dua matanya terkeluar hingga 4 cm atau 'mengeluarkan' 95% dari keseluruhan bola matanya. Dia sekarang sedang mengejar rekod dunia)



menceritakan selepas muslim menjadi murtad dan juga orang memeluk agama Islam
http://qamarunnajmi.blogspot.com/2009/03/ramai-nya-anak-melayu-murtad.html 

godaan yang dibuat supaya seorang muslim menjadi murtad
http://www.ali-alridha.com/blog/cara-cara-kristian-memurtadkan-gadis-gadis-melayu/

sogok duit untuk menjadikan muslim murtad
http://karkunbitara.tripod.com/artikel3.htm

Banyak lagi yang boleh saya lampirkan, tetapi cukuplah setakat ini sebab esei yang mereka karang amat panjang. Semoga bukan setakat bijik mata kamu terbeliak, tetapi juga hati kamu terbuka untuk mendalami lagi Islam. Saya bukanlah sealim orang yang berada di luar sana,  tetapi saya cuma melahirkan rasa concern dan ingin berkongsi bersama mengenai agama, tidak ada salahnya bukan? 

Kalau asyik takutkan orang mengata "ala, dia itu baru sahaja bertudung, sudah nak mengajar orang. ala, dulu dia tu dok mencuri harta orang. ala dia tu, pakai seksi. ala dia itu, melakukan maksiat, ala dan tut tut tut tut lagilah mulut masyarakat boleh berkata" Sampai bila lah kita nak bermula sebarkan mengenai Islam, kalau asyik takut dengan tanggapan orang terhadap kita? 

By the way M - M stands for Melayu Murtad, kalau kita asyik memandang remeh hal ini, mungkin M yang digelar M semakin berleluasa. 


Semoga Allah SWT sentiasa bersama kita semua =)