Tuesday, October 23

October 23 - Selasa.

Assalamualaikum kepada pembaca yang di"love"i (selalunya kan dikasihi, hihi). Jangan bertanyakan khabar saya, saya macam biasa sihat walafiat  di samping keluarga yang tercinta. Alhamdulillah, ahli keluarga saya juga sihat seperti biasa. Cuma dalam bulan ini, ada dua berita menyedihkan, anak sepupu saya sebelah ayah merangkap anak buah kembali ke rahmatullah, dan juga pak cik kepada ibu saya juga menghadap ilahi. Saya memohon kepada sesiapa yang membaca blog saya ini, menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.

Saya minta maaf sebab hampir seminggu lebih tidak meng-update blog. (Excuse me Haziqah, does anyone really read your blog? Hee!) Saya bukan apa, saya cuma tidak mempunyai idea yang boleh dijadikan bahan dalam mem-blog. Saya tidak mahu setakat memberi tin kosong kepada peminum di luar sana. Dalam mem-blog, biarlah ilmu dipadatkan sekali. Ingat, benda yang menjadi santapan mata orang akan menjadi saksi di akhirat kelak.

Cerita Sebenar. 

Kematian

Kebelakangan ini, kematian selalu saya fikirkan. Saya faham, orang akan berkata "Kenapalah nak fikirkan kematian sedangkan umur masih muda, banyak benda lagi nak difikirkan" atau "Baik kau fikirkan cita-cita kau, bila kau fikir pasal cita-cita, kau akan fikir macam mana nak memberanakkan duit" dan "Ish! kenapalah isu kematian nak dibangkitkan. Banyak isu lain lah. Aku tak ready lagi, aku still muda. Nanti aku taubatlah bila dah jadi mak/bapak orang." dan juga lain-lain lagi. 

Kalau bercerita mengenai kematian, ramai orang akan takut bukan ? Dulu saya selalu takut bila dengar pasal kematian. Iya lah, orang buat dosa mana yang tidak takut ? Orang yang dekat dengan maksiat mana yang tidak takut ? Orang yang dedahkan aurat mana yang tidak takut ? Lagi-lagi saya ini memang jenis suka baca perihal agama sejak bangku sekolah, time nakal-nakal lagi (tetapi still juga nakal ketika itu). Kebelakangan ini saya banyak membaca bagaimana Sakaratul Maut menjemput kita, nauzubillah sakitnya kalau di imaginasikan sudah cukup sakit saya rasa, dan itu cuma melalui imaginasi daripada membaca. Kalau yang sebenar? 

Tanda kematian yang akan dilalui oleh semua anak cucu-cicit Adam.

Tanda 100 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar, sama ada disedari atau tidak oleh mereka yang mendapatnya. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran yang seakan-akan menggiggil. Tanda-tanda awal ini jika disedari amat menguntungkan kerana kita mempunyai masa untuk meyiapkan diri mengadap Illahi membayar segala hutang piutang kita terhadap Allah s.w.t. dan sesama manusia.


Tanda 40 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Ketika ini daun yang tertulis nama kita gugur dari pohon yang terletak di Arash. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya untuk memisahkan roh dari jasad kita. Ia akan mengikuti kita sepanjang masa dan akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu kepada kita, dan jika ini terjadi, kita akan menjadi bingung seketika. Malaikat maut ini cuma satu namun kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 

Tanda 7 hari sebelum mati:

Tanda ini diberikan kepada mereka yang diberi musibah kesakitan, di mana orang yang sakit tenat atau tidak makan akan tiba-tiba berasa sihat dan berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum mati:
Bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi sebelah kiri dan kanan akan berdenyut-denyut. Apabila tanda-tanda ini datang, hendaklah kita berpuasa supaya usus kita tidak mengandungi banyak najis untuk memudahkan urusan memandikan jenazah kita nanti. Ketika ini mata hitam kita juga tidak akan bersinar lagi dan kedudukan hidung kita agak jatuh sedikit jika dilihat dari bahagian sisi. Telinga kita juga akan layu iaitu di bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam. Tapak kaki kita jika dilunjurkan akan jatuh dan sukar ditegakkan seperti kebiasaannya.
 
Tanda 1 hari sebelum mati
Ia juga berlaku selepas waktu Asar. Ubun-ubun di atas kepala kita akan berdenyut-denyut menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda akhir sebelum mati:
Bahagian pusat kita akan kesejukan dan ia akan turun ke bahagian pinggang dan seterusnya kesejukan ini akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, janganlah sesekali kita lalai dari mengingati Allah. Ucapkanlah kalimah Syahadah dan berdiam dirilah menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput roh kita kembali kepada Maha Pencipta yang menghidupkan kita selama ini, dan kini mematikan kita pula.
 
Bagi yang sudah mengetahui, sama-samalah kita berkongsi kematian ini bersama orang lain. Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, saya tidak lah sewarak atau sebaik-baik orang di luar sana, saya banyak cacat celanya, kekurangannya tidak terkira, tetapi saya tidak mahu sisa hidup saya dihabiskan tanpa sedikit pun membekalkan isi-isi penting untuk mahluk-mahluk yang hidup sementara di dunia ini. Saya berharap semoga orang yang membaca mengenai kematian ini, akan memulakan usaha mereka dalam membuat search mengenai "Sakaratul Maut" sendiri. Facebook, Twitter, Myspace, Youtube search senangkan? Sakaratul Maut ? Jom! Buat search! 

 Malaikat Izrail dah call, nak angkat ke tidak ? 
Memang terangkat juga, sebab itu automatic answer =)


 

6 comments:

  1. Haziqah , I rasa macam nak share juga , boleh ke ?

    ReplyDelete
  2. Semoga kitak panjang umur zie.. amin.

    ReplyDelete
  3. shera, sila syg =)

    pdos, amin2. may Allah bless our family always.

    ReplyDelete
  4. ='(
    bagus entry ni. membuatkan sy berfikir...

    ReplyDelete
  5. Terima kaseh, blog awak saya dah baca mus ^^

    ReplyDelete