Wednesday, September 19

M - M

Assalamualaikum ladies and abang-abang macho (sambil kelip-kelip mata and duck face, I got 5 days mc, omaigad!) Saya memang sepatutnya busy hari ini, memandangkan saya mem-postponed kerja-kerja saya sebab saya rasa malas pagi-pagi ini. So yea, I rule this office! (mimpi much?) 

Cerita sebenar
Kebelakangan ini saya banyak membaca mengenai isu murtad. Mungkin kamu semua akan cakap, this issue is so lame. But for once, ambil lah iktibar dari isu murtad ini. Saya baca dari blog-blog mengenai murtad semakin menjadi-jadi di Malaysia. Kita tidak nampak sebab hal seperti ini selalunya terlindung, sudah dinamakan isu agama, Malaysia manalah nak membesarkan hal seperti ini di kaca TV, naya katanya. Mak cik oi, politik gempak pulak?

Saya akan sertakan link supaya bijik mata kamu yang sepet terbeliak sikit mengenai isu serius ini.

 (Fakta : Claudio Pinto boleh membuat kedua-dua matanya terkeluar hingga 4 cm atau 'mengeluarkan' 95% dari keseluruhan bola matanya. Dia sekarang sedang mengejar rekod dunia)



menceritakan selepas muslim menjadi murtad dan juga orang memeluk agama Islam
http://qamarunnajmi.blogspot.com/2009/03/ramai-nya-anak-melayu-murtad.html 

godaan yang dibuat supaya seorang muslim menjadi murtad
http://www.ali-alridha.com/blog/cara-cara-kristian-memurtadkan-gadis-gadis-melayu/

sogok duit untuk menjadikan muslim murtad
http://karkunbitara.tripod.com/artikel3.htm

Banyak lagi yang boleh saya lampirkan, tetapi cukuplah setakat ini sebab esei yang mereka karang amat panjang. Semoga bukan setakat bijik mata kamu terbeliak, tetapi juga hati kamu terbuka untuk mendalami lagi Islam. Saya bukanlah sealim orang yang berada di luar sana,  tetapi saya cuma melahirkan rasa concern dan ingin berkongsi bersama mengenai agama, tidak ada salahnya bukan? 

Kalau asyik takutkan orang mengata "ala, dia itu baru sahaja bertudung, sudah nak mengajar orang. ala, dulu dia tu dok mencuri harta orang. ala dia tu, pakai seksi. ala dia itu, melakukan maksiat, ala dan tut tut tut tut lagilah mulut masyarakat boleh berkata" Sampai bila lah kita nak bermula sebarkan mengenai Islam, kalau asyik takut dengan tanggapan orang terhadap kita? 

By the way M - M stands for Melayu Murtad, kalau kita asyik memandang remeh hal ini, mungkin M yang digelar M semakin berleluasa. 


Semoga Allah SWT sentiasa bersama kita semua =)

No comments:

Post a Comment