Wednesday, July 25

Tindih menindih mari.

Sekali lagi jari-jari comel saya berjalan-jalan untuk memijak pijak kepala A hingga Z dan segala simbol yang ada yang boleh dipijak pijak sepak terajang tumbuk tikam dari belakang (terlebih emosi lah pulok) di atas menatang yang bergelar keyboard ini. 

Saya ingin mengucapkan selamat tengahari kepada semua rakyat jelata di luar sana, jangan bimbang saya tidak mengantuk sudah sebab tadi cukup terlelap dalam 10 minit depan benda alah so called ekompeter ini. Ni mama Ajie nak cerita sikit pasal tindih.

Pernahkah kamu tidur dan ditindih ?

1)Aku nda pernah pun. Manipu oh kau ni.
2)Saya tak pon.
3)Ceq penah, dok cramp satu badan ni haa
4)Saya tdo tak basuh kaki ada la kena dulu.
5)Mek ada kenak, tapi malas nak layan hantu bodoh ya
6)Saya ada, bangun2 bagitau kat mak, takot woo. 
7)Dok eh, makan mekdi sodap ni. peried ciken sodap ratah-ratah, sambal tempoyak makan ngan nasi. (terkeluar topik sekejap sambil air liuh meleleh)

- Begitulah jawapan yang sangat common kita pernah dengari, tuan-tuan dan puan-puan. 

Saya hendak menceritakan pengalaman saya yang dulu kerap ditindih (semua takkan percaya, tidak kisah lah, hak asasi masing-masing). Tinggal di hostel poli Kuching dulu, berbagai-bagai tindih saya kena oleh perempuan yang simpan rambut panjang, yang suka pakai kain putih (beli dekat Jackel lettew). Tindih saya itu bukan setakat nampak, tetapi rambut saya juga di belai-belai, di pegang-pegang dan juga di gigit di leher, tangan, kaki. (nampak sangat hantu itu lesbian)

Tapi mengikut Paralysis (baca sendiri, jangan nak manja sangat semua nak kena suap pakai senduk), tidak menjelaskan pula kalau di pegang-pegang, dan ada kesan gigitan? Don't you guys should think too how this possibly happened? Bukan mengatakan paralysis tidak benar, cuma, entahlah. Saya yang berpengalaman terkena sampai jumpa Ustaz, so, saya rasa orang takkan percaya walau berbuih mana pun mulut bercerita benda ini. Alhamdulillah, memang tindih-tindih sudah tidak ada sejak berubat. Cuma kadang-kadang itu ada, tapi yang itu saya percaya memang paralysis sebab Si Lesbian itu sudah tidak wujud. 

hantu ju-ong ju-ong ni memang menggeletekkan hati sahaja bagi saya, 
i don't know why but i didn't find that japanese neither korean's ghost terrify me. lulz

 

No comments:

Post a Comment