Monday, August 13

Ali Laye Mah !

Tengok muka dekat sebelah kiri tu, mesti rasa macam nak bagi sepasang tangan dengan kaki sekali hinggap dekat muka tu kan ? Hahaha, entah macam mana gila miang muka mengada itu terlampau terselah. Well, credit to myself. Huehuehue.

Ni ceq nak bagitau, minggu depan dah nak raya, bukan nak lagi, memang konferems punya akan raya. Anda-anda di luar sana sudah membuat persiapan ? Jika belum, silalah undi ON READY RAYA SENDIRI JANGAN HARAPKAN ORANG LAIN ke 3301. 

Eee, senoloknye, senoloknye ali laya ta lama lali! (mata sepet pun nak raya apa, hiks ampun cuma gurauan)

Nak tau apa yang saya asyik bisingkan sangat dekat rumah kebelakangan ini ? Suruh ayah dengan abang pasang lampu raya. Dah tu, asyik-asyik mulut saya minta belikan lampu pelita (mengada nak jugak pelita, lampu rumah dah terang benderang pun tak cukup lagi).

 (Ini pelita saya punya okay! Pasal pelita pun nak kecoh, kan?)

Abang saya beli lampu pelita dalam 6 biji if I'm not mistaken (nak jugak speaking london skit). Dah habis berbuka, saya kemas-kemas semua benda, mandi solat, punya "surprised ape" saya melihat pelita dekat luar rumah. Saya punya suka! Duduk-duduklah luar rumah seorang diri tanpa rasa ketakutan. Lama jugak lah lepak dekat luar rumah, saya memang suka duduk luar rumah malam-malam. Duduk time panas-panas terik buat apa? Dah lah kulit memang terhitam antara adik-beradik, takkan nak tambahkan lagi, ye nak?

Beralih pula kepada biskut! Kamu sudah ? Saya sudah. Bersama kakak-kakak saya yang tercinta, (banyaknya saya yang buat sorang :( tsk!) Inilah hasil biskut kami, baru dua. Nanti saya update lagi, InsyaAllah kalau rajin.

(biskut cornflakes - resipi kaka ena)

(cookies! - resipi kaka eny. ala-ala pemesamos kan kan kan)

Haa, apa? Baju raya? Oh saya tidak memerlukan baju raya. Baju saya dah banyak, tiga pasang untuk weeding Kaka Eny bulan 4 tu, guna balik sahaja. Baju tiga-tiga tu pun semua dah nak RM 400, nak apa lagi. Baik saya shopping beli baju biasa. Hiks! Siapa yang terasa ingin sama dengan saya, boleh lah beli baju berwarna Green, Peach, Silver (macamlah ada orang nak, wuwuwu) 

Sekian, saya malas menggedik lebih. Assalamualaikum :)
 

1 comment: