Saya sangat marah dengan post-post yang melibatkan agama Islam, yang memburukkan Islam. Maaf saya bukan hipokrit, mungkin saya tidak sebaik kalian semua, ilmu di dada juga belum mencukupi tetapi bila agama saya dipijak, api amarah dalam hati saya sangat berapi, saya boleh menangis apabila agama saya dicerca, apabila agama saya dipersendakan. Kamu siapa untuk mempersendakan Islam? Kamu siapa untuk menghina agama Islam ? Kamu siapa ? Kamu belum cukup besar untuk menghina agama orang lain, kamu tidak mempunyai kuasa yang besar untuk mencaci agama Islam. Kalau ingin bertikam lidah, tidak ada gunanya. Semoga Allah SWT membuka hati kamu yang tertutup itu dengan cahaya nur hidayah-Nya.
Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment