Friday, September 7

Tiga celita woo leng amoi, leng zhai, leng leng.

Celita satu
Assalamualaikum dan a very good morning you ols. Hari ni saya berjubah hitam dan memakai tudung berwarna chocolate nyems! (corak gucci gitu). Sambil mendengar lagu Ignorance by paramore (pakai tudung jiwa gua tetap rock okay. Huehuehue) This week memang langsung tak best datang kerja sebab tak ada kerja. Projek untuk Hospital Kompleks Ampuan Rahimah macam dah settle -.- so saya tersangat bosan tak diberi any task!

Celita dua 
Oh ye, malam semalam saya tolong my Kaka Eny buat pelamin lagi. This time customer dia sangat baik, not that saya cakap customer dia before this is a devil lol it's just this one is so extra nicest ever. She's so friendly, and asyik tanya our opinion about her baju untuk bertunang, okay ke or over dress ke. By the time we arrived at her house, dia dah sedia minuman and siap potong kek lol so nice. Cerita pasal pelamin, saya tolonglah kakak saya pasang tiang(besi) pelamin, time saya tengah susun cantik-cantik curtain pelamin, tiba-tiba besi itu jatuh, nasib baik abg Firdaus (husband Kaka Eny) sempat pegang besi tiang tu. Kaka Eny pun marah cakap "kalau kena tangan tadi, luka cacat, hantaran kurang!". Saya macam biasalah gelak "hikhikhik" tercomel saya sambil buat muka innocent. Salah saya jugak, sebab time pasang besi, saya fikir dah betul-betul ketat (tangan saya kan kecik, manalah kuat ketatkan haha).Tapi besi tu memang kena kepala malam tadi tapi malas nak bagitau Kaka Eny nanti dia lagi marah. Btw, customer dia mintak mini pelamin. Meh saya tunjukkan hasilnya !

Voila! 

Kita orang selesai buat, dalam pukul 12 lebih, sampai rumah saya penat (belum isyak lagi tu) saya pun set lah alarm pukul 3 pagi, plan nak tahajud terus. Tup-tup tak terbangun. Ya Allah, tetiba mata terbangun pukul 5 pagi (selalu 6), dengan sepantas kilat saya grab towel, cepat-cepat mandi, nasib baiklah belum subuh. Selesai solat Isyak, saya baringlah sekejap sambil menunggu Subuh. 

Celita tiga 
Tetiba, saya terfikir pasal si seseorang yang dia cakap dekat saya semalam dekat facebook. Dia masih suka saya sampai sekarang, saya pelik apalah yang dia suka saya sangat walaupun banyak kali dia cari saya, saya ignore dia berbulan juga sebab saya jenis yang tidak suka bagi harapan, karang hati anak orang sakit, saya juga berdosa. Hehehe! Saya pelik betul (asyik nak pelik je aku ni) bukannya dia tak pernah nampak saya, kulit saya yang buruk ni, banyak kekurangan saya. Boleh tahan lamalah dia try nak wink wink saya. Hehehe! (perasan best kejap)

Perbualan kami yang di translate dalam bahasa yang lebih mudah difahami dan dipendekkan. Hehehe!

Saya : Kalau ada jodoh ada lah. Saya tak nak bercinta lagi,  saya nak bercinta bila dah kahwin sahaja. (eceh)(what?saya simpan cita-cita nak bercinta lepas kahwin ni serius woo, mesti lebih romantic dari pilem-pilem hindustan yang saya suka! hahaha)
Dia  : Hahaha. Betul ke ? Kalau macam tu nanti saya hantar rombongan.Saya pun malas nak bercinta, yang saya fikir now, cari bini terus. Nak ? Kalau nak, saya hantar. Hehehehe.


Then I was like what the, what the what the 
kingkong man \[O.o].-

Saya : Haaaaaa! betul ke? :O
Dia : Awak rasa? Setahun dah tunggu awak.
Saya : Hahaha, saya bukan cakap sekarang nak kahwin, ketuk kepala karang! Banyak benda nak buat, ambil degree then get a job. Tua lah awak kalau tunggu saya. (fer ya ladies info, he's 24 years not to young. tak tua mana pun haha)

Dia punya semangat cakap, (disambung dibawah, perlu ke aku taip macam ni?)

Dia : Tak kisah, dah setahun saya tunggu awak. Awak sambung lah dulu study, kerja. Saya kumpul duit banyak-banyak dulu. Kumpul duit nak meminang awak.
Saya : Saya tak nak bagi harapan, yang saya dapat cakap kalau ada jodoh ada lah. Sebab kita bukannya tahu kan?
Dia : Betul, saya pun sama. Tak nak letak harapan, if ada. Amin, kalau tak ada terima, saya terima lah seadanya.

Betul lah apa saya dan dia cakap, kalau ada jodoh ada lah. Kalau tak ada, kami akan berkawan sampai bila-bila macam sekarang. InsyaAllah sampai gigi tinggal satu pun boleh kalau panjang umur :D

P/s : Hati saya senang nak handle nowadays, sebab saya tidak simpan perasaan dengan siapa-siapa. Saya percaya dengan jodoh Allah :)

No comments:

Post a Comment