Monday, September 3

Apa-apa aje ! :D


Alhamdulillah, Majlis Akikah Tiara Arissa last week berjalan dengan lancar. We started at 3 pm supposed to end dalam petang, but then majlis itu sampai ke malam sebab ramai datang malam juga. Tersangat exhausted that day. Kasihan dengan anak buah saya yang comel itu, rambutnya digunting-gunting (sudah dinamakan majlis akikah, apalah mama jie ni) 



 (memang princess lah anak buah mama jie)

Cerita pada hari yang sama, saya jemputlah si dutdut yang one of my facebook friend. Kita orang kenal last year, dengan si budak mata sepet ini saya memang tidak segan padahal kalau budak-budak yang saya kenal dari mana-mana laman sosial, saya takkan jumpa sebab saya ini pemalu orangnya (malu ke?). Dulu-dulu memang pernah keluar dengan dia, baik orangnya, mata sepet, putih melepak (kacukan cina katakan tapi nama Syed?) Tetapi malangnya dia tidak dapat datang majlis akikah itu, dia ajak pula saya lepak malam saya pun on sahaja. Tunggu punya tunggu, lambat gila tunggu dia dengan kawan dia menjemput tuan puteri(saya) sebab malam itu kan malam merdeka. Dalam pukul 1 macam itu sampailah dia, saya malas nak bising juga pasal lambat sebab dia dari Kajang. Yang bagus pasal si sepet ini, kalau keluar dengan saya mesti dia sendiri tunjuk muka dia dengan orang-orang rumah, baguskan? Selalu budak-budak lelaki zaman sekarang duduk tunggu dalam kereta sahaja. Masuk dalam kereta, riuh rendahlah kami bertiga bertekak pasal jalan. Boleh tahan juga mulut si kawan Syed, nama Wan.

Melepak dekat kedai mamak, chitchat punya chitchat tetiba pula si Syed mengadu yang dia lapar, lepas itu saya pun cakaplah "Banyak lagi makanan kat rumah, kalau nak jap lagi makan kat umah". Dia pun cakap, "tadi-tadi tak offer". Saya jawab "Lain kali, buat muka tak malu je, cakap je lapar, kan senang". Sempat pula dia cakap, "dulu time tak pakai tudung tak garang, sekarang pakai tudung garang oh dia ni". Saya punya gelak. Lepak minum, kami pun balik rumah saya. Makan-makanlah dua mahluk ini dekat rumah saya pagi-pagi buta. Sekarang si Syed ini dah ada awek, baguslah dah terbuka hati dia. Punyalah keras hati dia ni dari dulu. Sembang punya sembang sampai pukul 3 pagi, si Wan tu dah memang membaringkan diri dia dekat ruang tamu (macam baring rumah dia sendiri dah hahaha), dua-dua pun berangkat pulang, saya punya mata pun dah macam satu garisan halus sahaja (macam ini -.-)


(Ini antara gambar-gambar dua mahluk ini)

Sekian itu sahaja, cerita saya pada minggu lepas. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment